Sunday, July 17, 2011

Peti Sejuk Cekap Tenaga



1.  Alhamdulillah, sampai jugak peti sejuk yang aku book ahad semalam. Just for sharing, peti sejuk ini kalau mengikutkan sticker 5-bintang yang terdapat padanya merupakan jenis yang cekap tenaga. Berdasarkan maklumat pada label cekap tenaga yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) tu, penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan ini adalah 25% lebih rendah daripada peti sejuk konvensional yang mempunyai spesifikasi seumpamanya.

2.  Dalam erti kata lain, secara teorinya, aku boleh menjimatkan bil elektrik sebanyak 25% setiap bulan bila menggunakan peti sejuk jenis ini berbanding aku beli brand lain yang tidak cekap tenaga. Berbaloi ke? Tu kene rujuk kepada bil elektrik bulan 8 ni. Namun demikian, aku rasa bil bulan 8 ni akan mencanak naik jugak sebab ... 
  • bulan lepas, aku dengan gatal tangannya telah membeli sebuah aircond berkapasiti 1hp yang takde pun label cekap tenaga 5-bintang ST tu. Bukannya apa, cuma tgk price tagnya yang amat rendah dan ditambah dengan beberapa goodies lagik yang kedai tu bagi, maka terbeli jugak lah aircond tu;
  • peti sejuk baru ni pulak, walaupun ianya cekap tenaga, saiznya adalah 2 kali ganda peti sejuk lama iaitu 600liter .. so banyak jugak lah tenaga yang digunakan..emm..
 3.  Ironinya, peralatan elektrik yang cekap tenaga di Malaysia masih lagi mahal berbanding pesaingnya. Diharapkan dengan adanya kempen-kempen kesedaran yang diadakan kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan, maka harga peralatan ini dapat diturunkan setelah permintaan terhadapnya meningkat. Kita sebagai pengguna perlu menyedari betapa banyak duit gaji bulanan ataupun komisyen yang dapat dijimatkan dengan membeli peralatan cekap tenaga ini.

4.  Pengajarannya disini adalah ... "Jimat Tenaga, Jimat Wang... beli lah barangan elektrik yang ada label cekap tenaga 5-bintang tu..."

Friday, July 15, 2011

Dapatkan Rebat RM100 - RM200 Bagi Pembelian Penyaman Udara & Peti Sejuk Mulai Julai 2011 Di bawah Program SAVE KeTTHA


1.  Pada 7 Julai lepas sempat juga teman menghadiri majlis perasmian Program Sustainability Achieved via Energy Efficiency atau SAVE yang diadakan di Auditorium Parce E, Putrajaya. Program kelolaan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ini merupakan salah satu Entry Point Program (EPP) bagi Economic Trasformation Program (ETP) yang dilancarkan oleh YAB PM baru-baru ini.

2.   Program SAVE ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan Kecekapan Tenaga atau Energy Efficiency. Pada pendapat teman, amalan atau trend baru seperti ini perlu dipertingkatkan dan disebarkan keseluruh pelusuk negara kerana ianya amat penting bagi mengurangkan penggunaan atau pemintaan terhadap tenaga elektrik. Antara kelebihan yang dapat dilihat melalui amalan Kecekapan Tenaga adalah seperti berikut: 
  • mengurangkan kebergantungan ke atas sumber tenaga elektrik seperti arang baru (coal), Gas dan Minyak.
  • mengurangkan pelepasan Green House Gas (GHG) akibat pembakaran bahan api fosil untuk menjana elektrik
  • dan yang paling penting ... untuk menjimatkan wang untuk membayar bil elektrik yang semakin hari semakin tinggi dewasa ini.
 3.  Selain daripada itu, apabila pemintaan terhadap elektrik berkurang, maka duit kerajaan dapat dijimatkan, defisit negara berkurangan, ataupun disalurkan untuk projek-projek lain yang dapat memberi manfaat kepada rakyat seperti menaikkan gaji penjawat awam.. hehe... lantas menjalin laluan yang tidak berliku untuk menuju sasaran Negara Berpendapatan Tinggi pasca 2020.



4.  Di dalam usaha meralisasikan Wawasan 2020, kita perlu menggunakan tenaga dengan lebih cekap (energy efficient). Sudah terlalu lama kerajaan memberikan subsidi keatas tarif elektrik sehingga ramai antara kita yang sudah naik lemak dan berfikir subsidi ini adalah hak dan perlu diberikan selamanya. Kita perlu sedar bahawa antara ciri-ciri sebuah negara maju adalah kurangnya subsidi yang akan membebankan negara tersebut lantas menjadikan ekonominya lebih kompetitif di zaman ekonomi kapitalis ini.  Dengan adanya program SAVE ini diharapkan dapat menyedarkan kita semua betapa pentingnya amalan penggunaan tenaga dengan cekap demi kepentingan kita semua.

5.  Merujuk kepada akhbar Berita Harian pada hari ini, Courts Memmot dah mula iklankan barangan cekap tenaga yang dijual mereka. Produk cekap tenaga yang diiktiraf perlulah mempunyai logo 5 bintang Suruhanjaya Tenaga. Namun, kadang-kadang terfikir jugak bahawa logo tu cuma sticker yang boleh ditampal2 dimana2 produk. Mungkin boleh mislead the public..emmm.. namun demikian dapat dirumuskan bahawa kempen pembelian peralatan elektrik cekap tenaga telah bermula. 


6.  Program promosi Kecekapan Tenaga telah lama diadakan di Malaysia, namun dengan adanya pemberian rebat oleh kerajaan ini diharapkan ianya berjaya mencapai objektifnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rebat yang diberikan boleh lawati laman ini :  http://www.saveenergy.gov.my/

7.  Yang teman pasti, pembelian peti sejuk bersaiz bawah 400liter akan diberikan rebat sebanyak RM200 manakala aircond diberikan rebat sebanyak RM100. Pengedaran rebat adalah terhad dan bukannya macam rebat petrol yang pernah kerajaan berikan sebelum ini. Diharapkan semoga program pemberian rebat kali ini tidak dimanipulasi oleh golongan yang tak bertanggujawab sepertimana yang berlaku ketika pemberian rebat petrol tempohari.



Yang pastinya juga bulan depan teman nak angkat peti sejuk baru sebijik....

yang cekap tenaga of course!!..



Wednesday, July 13, 2011

Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia (World Class Civil Service)



1.  Perkhidmatan awam sentiasa menjadi tumpuan rakyat untuk perlaksanaan hampir segala urusan. Berdasarkan fakta ini komitmen yang tinggi amat diperlukan bagi memuaskan hati pelanggan kepada perkhidmatan awam. Daripada Setiausaha Kerajaan hinggalah Pembantu Am Rendah pejabat, tiada sesiapa yang boleh dikecualikan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Di sinilah penjawat awam yang mendokong peranan sebagai ajen pelaksana perlu sedar bahawa mereka telah diamanahkan untuk menggalas janji memberikan rakyat kehidupan yang sempurna.

2.  Kini di era globalisasi, Malaysia harus bersaing atas asas kualiti, sama ada kualiti barangan mahupun kualiti perkhidmatan. Pelbagai pihak seperti pelabur asing, usahawan tempatan, pekerja dan semua pihak pasti akan berinteraksi dengan anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan aktiviti mereka. Apa yang mereka inginkan ialah penyampaian perkhidmatan awam yang cekap untuk memudahkanpekerjaan dan urusan mereka. Sekiranya mutu penyampaian perkhidmatan yang baik tidak dapat diberikan, amat mudah bagi peniaga dan pelabur mencari alternatif lain.

3.  Walaubagaimanapun, tahap kualiti perkhidmatan awam masa kini amat berbeza berbanding sedekad yang lalu dimana beberapa penambahbaikan telah berjaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan terutamanya dari segi penyampaian perkhidmatan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat di Jabatan Imigresen dimana proses menyiapkan passport baru atau pembaharuan passport berjaya dilaksanakan dalam tempoh 24 jam sahaja berbanding masa lalu dimana pelanggan terpaksa menunggu hampir seminggu untuk mendapatkan passport mereka.

4.  Selain daripada itu kemudahan di kebanyakkan kaunter perkhidmatan pelanggan turut dipertingkatkan dengan adanya sistem elektronik bagi mendapatkan angka giliran dimana pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan dan yang terkini terdapat beberapa perkhidmatan seperti semakan penyata KWSP, permohonan pekerjaan serta pembayaran bil utiliti boleh diperolehi secara ’Online’ di internet.

5.  Dari segi infrastruktur pula, beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh kementerian bertanggungjawab yang memberi penekanan terhadap peningkatan tahap kualiti dan piawai perkhidmatan dilihat telah berjaya mencapai objektifnya. Antaranya adalah kejayaan projek penswastaan sektor telekomunikasi pada 1987 yang melahirkan Telekom Malaysia Berhad, penswastaan sektor elektrik yang melahirkan Tenaga Nasional Berhad pada tahun 1990 serta sektor pos yang melahir Pos Malaysia Berhad pada tahun 1992.

6.  Kejayaan projek penswastaan ini dapat dibuktikan apabila kita berpeluang ke luar negara terutama ke negara yang maju atau membangun dimana kita akan mendapati bahawa apabila dibuat perbandingan, kos perkhidmatan yang disediakan di negara kita adalah amat kompetitif malah sesetengah perkhidmatan dapat disediakan dengan kadar yang lebih rendah terutamanya perkhidmatan bekalan air dan elektrik berbanding negara lain.

7.  Faktor peningkatan integriti turut menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan awam dewasa ini. Dengan adanya agensi seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang berjaya memainkan peranan dengan cemerlang dalam mendedahkan kes-kes penyelewengan dan salah guna kuasa dikalangan rakyat & juga penjawat awam sendiri, kepercayaan rakyat selaku pelanggan perkhidmatan awam dapat diteguhkan dan secara langsung menjadikan perkhidmatan awam kini lebih telus dan cekap.

8.  Antara langkah terkini yang diambil oleh kerajaan bagi memelihara kepentingan rakyat adalah penubuhan 'Majlis Harga Negara' (MHN) pada 23 Januari 2008 lalu . Majlis yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ini ditubuhkan untuk meminimumkan dan mengatasi dengan pantas sebarang masalah kenaikan harga barang dan juga masalah kestabilan bekalan. Penubuhan majlis ini tepat pada masanya iaitu ketika negara menghadapi senario kenaikan harga minyak dunia kebelakangan ini yang boleh memberikan kesan negatif kepada harga barangan, perkhidmatan dan juga kestabilan bekalan di Malaysia.

9.  Namun demikian masih terdapat ruang untuk diperbaiki terutamanya dari segi penyampaian perkhidmatan. Antaranya adalah sikap segelintir penjawat awam yang bertugas di kaunter-kaunter khidmat pelanggan yang didapati masih sukar untuk memberikan senyuman setiap kali berurusan. Ini sedikit sebanyak akan menggugat keunggulan mutu perkhidmatan awam akibat daripada perasaan kurang senang pelanggan yang sebelumnya telah dihidangkan dengan teknologi canggih ketika mengambil angka giliran.

10.  Selain daripada itu budaya cintakan ilmu masih kurang diterapkan dikalangan penjawat awam, ini dapat dilihat dengan peratusan buku ilmiah yang dipinjam daripada perpustakaan masih rendah berbanding dengan novel-novel fiksyen & sebagainya.

11.  Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang telah dibincangkan di atas seterusnya melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi. Antaranya adalah dengan meningkatkan ilmu & kemahiran penjawat awam menerusi latihan-latihan tertentu, pembacaan, perbincangan tentang aspek pekerjaan dan lain-lain lagi. Kesediaan seseorang penjawat awam untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya adalah salah satu budaya yang harus diamalkan.

12.  Bagi mereka yang berurusan terus dengan pelanggan atau 'front-liners' iaitu bahagian yang amat penting bagi sektor perkhidmatan ini, beberapa kursus yang berkaitan dengan khidmat pelanggan perlu diikuti. Antaranya seperti kursus untuk memperbaiki penampilan diri, memberi senyuman ketika berurusan dengan pelanggan, pengurusan stress dan sebagainya. Seterusnya, semua kakitangan yang telah menjalani kursus perlu diaudit oleh pihak pengurusan & jikalau gagal, mereka yang berkenaan perlu mengikutinya semula dalam tempoh yang ditetapkan. Disamping itu, pihak pengurusan perlu menggalakkan kakitangan untuk menyambung pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi sebagai motivasi dan contoh kepada kakitangan yang lain.

13. Antara kaedah lain yang boleh digunapakai bagi melahirkan modal insan yang hebat ini adalah dengan menggalakkan interaksi dua hala antara pembekal perkhidmatan & pelanggan. Adalah penting untuk memahami kehendak pelanggan bagi mengesan masalah sebenar di dalam perkhidmatan terutamanya di sektor awam. Bagi menggalakkan lagi interaksi dua hala ini, peti aduan & cadangan perlu diletakkan di setiap kaunter khidmat pelanggan. Peti ini perlu dikunci & hanya pegawai tertentu boleh membuka dan menganalisa kandungannya. Setiap aduan & cadangan perlu dipaparkan di papan kenyataan khas bersama-sama tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak pembekal perkhidmatan. Interaksi dua hala secara berterusan ini amat penting bagi mengetahui kehendak semasa pelanggan yang sentiasa berubah selaras dengan kemajuan sains dan teknologi.

14.  Selain daripada penyediaan peti aduan, laman web seperti yang telah dibangunkan oleh PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) juga merupakan salah satu saluran yang baik bagi mengetengahkan masalah pelanggan terutamanya yang berkaitan dengan isu birokrasi yang wujud di dalam urusan dengan kerajaan. PEMUDAH merupakan inisiatif bersama sektor kerajaan dan swasta dimana objektif utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan bagi memudahkan operasi perniagaan di Malaysia. Laman web ini memaparkan semua aktiviti yang telah dijalankan bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan. Terdapat juga bahagian 'Cadangan dan Maklumbalas' yang membolehkan pelawat laman web memberikan cadangan & juga untuk meminta bantuan PEMUDAH dimana semua masalah akan dijawab oleh PEMUDAH dalam masa 3 hari .

15.  Penguatkuasaan undang-undang turut memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi terutamanya yang melibatkan pengawalan tingkah laku atau kelakuan seseorang. Undang-undang yang termasuk di bawah kategori ini adalah seperti undang-undang kerahsiaan maklumat, keselamatan harta organisasi, prosedur kewangan, pengauditan, gangguan seksual dan sebagainya. Jika dilaksanakan dengan betul, telus & tegas dipercayai akan membantu meningkatkan kualiti kerja seseorang khususnya penjawat awam itu sendiri.

16.  Sikap mementingkan diri sendiri perlulah dikikis daripada diri setiap penjawat awam. Ini dapat direalisasikan dengan menginsafi akan tanggungjawab dan kuasa yang diberi, mengamalkan komunikasi yang berkesan antara majikan dan pekerja serta memberi peluang kepada pekerja bawahan menyuarakan pendapat & bertanya.

17.  Selain itu , amalan kepimpinan melalui teladan yang telah lama diadaptasikan di dalam perkhidmatan awam selama ini perlu digilap kembali dengan menggalakkan setiap pegawai atasan bertindak sebagai 'Role Model' bagi tingkah laku yang beretika. Pemimpin sesuatu organisasi perlu mempunyai sifat, gaya, prinsip, visi dan matlamat yang dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengikut atau pekerja bawahannya. Selain itu, seorang pemimpin itu perlu menjadi contoh dan teladan yang baik dari segi membuat keputusan, penyelesaian masalah, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, projek dan sebagainya.

18.  Sebagai kesimpulannya, tiada suatu kerajaanpun di atas muka bumi ini sempurna lahirnya dan menjadi tanggungjawab bukan sahaja penjawat awam untuk mengatur strategi bagi mencapai tahap modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
19.  Coretan ini dibuat semasa aku cuba mengushar kerja gomen satu masa dahulu..

Tuesday, July 12, 2011

Back in business

Selamat Menyambut Ramadan.

Now, came the time most of us waiting for.. the fasting month of Ramadan. For me, in the same month i will be a father for the third time.. wah so excited mah. Hopefully, all will came out as planned. To think of it, this August will be the busiest month in this year. With new addition to the family on the way, new investment plan is being worked out and also to seek new frontier in my line of business/service.

May Allah bless me, my family and all muslims along the journey to, through & post Ramadan. InsyaAllah.