Sunday, July 17, 2011

Peti Sejuk Cekap Tenaga



1.  Alhamdulillah, sampai jugak peti sejuk yang aku book ahad semalam. Just for sharing, peti sejuk ini kalau mengikutkan sticker 5-bintang yang terdapat padanya merupakan jenis yang cekap tenaga. Berdasarkan maklumat pada label cekap tenaga yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) tu, penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan ini adalah 25% lebih rendah daripada peti sejuk konvensional yang mempunyai spesifikasi seumpamanya.

2.  Dalam erti kata lain, secara teorinya, aku boleh menjimatkan bil elektrik sebanyak 25% setiap bulan bila menggunakan peti sejuk jenis ini berbanding aku beli brand lain yang tidak cekap tenaga. Berbaloi ke? Tu kene rujuk kepada bil elektrik bulan 8 ni. Namun demikian, aku rasa bil bulan 8 ni akan mencanak naik jugak sebab ... 
  • bulan lepas, aku dengan gatal tangannya telah membeli sebuah aircond berkapasiti 1hp yang takde pun label cekap tenaga 5-bintang ST tu. Bukannya apa, cuma tgk price tagnya yang amat rendah dan ditambah dengan beberapa goodies lagik yang kedai tu bagi, maka terbeli jugak lah aircond tu;
  • peti sejuk baru ni pulak, walaupun ianya cekap tenaga, saiznya adalah 2 kali ganda peti sejuk lama iaitu 600liter .. so banyak jugak lah tenaga yang digunakan..emm..
 3.  Ironinya, peralatan elektrik yang cekap tenaga di Malaysia masih lagi mahal berbanding pesaingnya. Diharapkan dengan adanya kempen-kempen kesedaran yang diadakan kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan, maka harga peralatan ini dapat diturunkan setelah permintaan terhadapnya meningkat. Kita sebagai pengguna perlu menyedari betapa banyak duit gaji bulanan ataupun komisyen yang dapat dijimatkan dengan membeli peralatan cekap tenaga ini.

4.  Pengajarannya disini adalah ... "Jimat Tenaga, Jimat Wang... beli lah barangan elektrik yang ada label cekap tenaga 5-bintang tu..."

No comments:

Post a Comment

Hi! really appreciate your thoughts..