Selamat pagi Jumaat, sedang asyik merenung kerja-kerja yang masih berbaki di atas meja ni.. tergerak pulak telinga nak mendengar lagu-lagu britpop yang bersarang dalam hard drive komputet aku yang banyak berjasa ni. Apabila speaker chap ayam dinyalakan dan butang PLAY windows media player ditekan.. maka lagu pertama dalam playlist 90's britpop pun berkumandang.. secara sayup-sayup (tak bley bising-bising, bos marah) .. Country House dari Blur.
Dalam beberapa bait-bait lirik yang dibebelkan oleh Damon Albarn.. ada dia sebut pasal "rat race"... atau perlumbaan tikus. Rasanya ramai yang paham atau pernah mendengar istilah rat race ni, oleh kerana aku masih samar-samar...aku try tanya En.Wikipedia.. dia cakap:-
1. A rat race is a term used for an endless, self-defeating or pointless pursuit. It conjures up the image of the futile efforts of a lab rat trying to escape while running around a maze or in a wheel. In an analogy to the modern city, many rats in a single maze expend a lot of effort running around, but ultimately achieve nothing (meaningful) either collectively or individually.
2. The rat race is a term often used to describe work, particularly excessive work; in general terms, if one works too much, one is in the rat race. This terminology contains implications that many people see work as a seemingly endless pursuit with little reward or purpose
3. The rat race also refers to the fierce competition involved in maintaining or improving one's position in the workplace or on the social ladder. This term presumably alludes to the rat's desperate struggle for survival.
Nah.. berabuk betul english En.wiki, meh aku try mendefinasikan balik istilah ni dalam layman-term.. kalau salah harap maafkan.. secara ringkasnya sebilangan besar dari kita yang bekerja, secara makan gaji atau tidak, berada satu perlumbaan yang mmg tak berkesudahan, kalau stop (sakit/kene buang keje/dll.), kita miss soru/makan or maybe end up dead.. oleh yang demikian, untuk keluar dari atau memenangi perlumbaan ini, kita perlu mencari sesuatu kaedah atau cara bagi memastikan income yang masuk takkan berhenti bila kita dah malas nak bekerja.. the answer is .. PASSIVE INCOME. Nak tau lebih lanjut, bleh surf blog roll aku kat sebelah ni.. Bloggers seperti Abang Ensem tu memang master dalam creating passive income. Jadi, apakah 4 pengajaran yang bleh dipelajari dari lagu BLUR ni??
1. Sejak tahun 1995, BLUR dah pun menceritakan pasal apa itu RAT RACE.. (ramai yang tak hambik pedulik..sure portfolio investment aku akan lebih masyuk kalau start awal);
2. Adalah sukar kalau nak keluar dari RAT RACE kalau ilmu tak penuh dalam dada;
3. Jika terkeluar dari RAT RACE, terutamanya bila pencen, pastikan anda punyai wang yang sangat banyak hingga bleh beli "country house" atau "Rumah Kampung" dan juga cukup untuk maintain lifestyle yang sama seperti ketika anda bekerja; and finally...
4. Kalau nak buat video clip yang bagus, kene masukkan awek-awek yang cun dan storyboard yang best (video ni pernah dicalonkan sebagai best video dalam 1996 BRIT Awards)
Jom layan videoclip ni.. the best ever from BLUR... enjoy!
Blur - Country House, 1995