1. Pada 7 Julai lepas sempat juga teman menghadiri majlis perasmian Program Sustainability Achieved via Energy Efficiency atau SAVE yang diadakan di Auditorium Parce E, Putrajaya. Program kelolaan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ini merupakan salah satu Entry Point Program (EPP) bagi Economic Trasformation Program (ETP) yang dilancarkan oleh YAB PM baru-baru ini. 2. Program SAVE ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan Kecekapan Tenaga atau Energy Efficiency. Pada pendapat teman, amalan atau trend baru seperti ini perlu dipertingkatkan dan disebarkan keseluruh pelusuk negara kerana ianya amat penting bagi mengurangkan penggunaan atau pemintaan terhadap tenaga elektrik. Antara kelebihan yang dapat dilihat melalui amalan Kecekapan Tenaga adalah seperti berikut:
- mengurangkan kebergantungan ke atas sumber tenaga elektrik seperti arang baru (coal), Gas dan Minyak.
- mengurangkan pelepasan Green House Gas (GHG) akibat pembakaran bahan api fosil untuk menjana elektrik
- dan yang paling penting ... untuk menjimatkan wang untuk membayar bil elektrik yang semakin hari semakin tinggi dewasa ini.
3. Selain daripada itu, apabila pemintaan terhadap elektrik berkurang, maka duit kerajaan dapat dijimatkan, defisit negara berkurangan, ataupun disalurkan untuk projek-projek lain yang dapat memberi manfaat kepada rakyat seperti menaikkan gaji penjawat awam.. hehe... lantas menjalin laluan yang tidak berliku untuk menuju sasaran Negara Berpendapatan Tinggi pasca 2020.
4. Di dalam usaha meralisasikan Wawasan 2020, kita perlu menggunakan tenaga dengan lebih cekap (energy efficient). Sudah terlalu lama kerajaan memberikan subsidi keatas tarif elektrik sehingga ramai antara kita yang sudah naik lemak dan berfikir subsidi ini adalah hak dan perlu diberikan selamanya. Kita perlu sedar bahawa antara ciri-ciri sebuah negara maju adalah kurangnya subsidi yang akan membebankan negara tersebut lantas menjadikan ekonominya lebih kompetitif di zaman ekonomi kapitalis ini. Dengan adanya program SAVE ini diharapkan dapat menyedarkan kita semua betapa pentingnya amalan penggunaan tenaga dengan cekap demi kepentingan kita semua.
5. Merujuk kepada akhbar Berita Harian pada hari ini, Courts Memmot dah mula iklankan barangan cekap tenaga yang dijual mereka. Produk cekap tenaga yang diiktiraf perlulah mempunyai logo 5 bintang Suruhanjaya Tenaga. Namun, kadang-kadang terfikir jugak bahawa logo tu cuma sticker yang boleh ditampal2 dimana2 produk. Mungkin boleh mislead the public..emmm.. namun demikian dapat dirumuskan bahawa kempen pembelian peralatan elektrik cekap tenaga telah bermula.
6. Program promosi Kecekapan Tenaga telah lama diadakan di Malaysia, namun dengan adanya pemberian rebat oleh kerajaan ini diharapkan ianya berjaya mencapai objektifnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rebat yang diberikan boleh lawati laman ini : http://www.saveenergy.gov.my/
7. Yang teman pasti, pembelian peti sejuk bersaiz bawah 400liter akan diberikan rebat sebanyak RM200 manakala aircond diberikan rebat sebanyak RM100. Pengedaran rebat adalah terhad dan bukannya macam rebat petrol yang pernah kerajaan berikan sebelum ini. Diharapkan semoga program pemberian rebat kali ini tidak dimanipulasi oleh golongan yang tak bertanggujawab sepertimana yang berlaku ketika pemberian rebat petrol tempohari.
Yang pastinya juga bulan depan teman nak angkat peti sejuk baru sebijik....
yang cekap tenaga of course!!..
No comments:
Post a Comment
Hi! really appreciate your thoughts..