Pagi ni sempat membelek paper Utusan Malaysia (boss punya) di opis, antara berita yang menarik pemandangan adalah mengenai isu bekalan air di Selangor khususnya di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat.
Berita ini dapat aku kaitkan dengan apa aku lihat di salah sebuah Hospital Pakar Swasta di Bandar Baru Bangi baru-baru ini dimana kelihatan beberapa staff hospital bertungkus lumus memindahkan tong-tong drum berisi air bersih untuk kegunaan hospital.
Apa yang aku buat kat hospital tu? .. kebetulan hari tu adalah hari cucuk anakanda ku M.D Ukail yang baru masuk 5 bulan. Dr. Azman yang bertugas malam tu ada bertanya..kat rumah hang ada air tak? aku jawab, ada..takde masalah, apesal doc? Dr. Azman seperti merungut jawab.. kat sini ada masalah bekalan air.. Oooo.. gitu ke? Kesian... Doc mandi tak hari ni? (dialog yang last tu aku tambah je..)
Aku tau perkara seperti ini akan berlaku, tapi taklah secepat ini. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga pihak SYABAS pernah menyatakan bahawa Lembah Klang akan mengalami KRISIS BEKALAN AIR menjelang 2014. Tapi bro, ni baru masuk 2012.. tempiasnya dah kelihatan. Tu baru kat Bangi, kalau satu Lembah Klang ni takde air camana? Sapa nak disalahkan ni? syabas kah? kerajaan kah? kerajaan yang mana satu? atau salahkan diri sendiri? renung-renungkanlah..
Sambil tu mari baca petikan akhbar hari ni pasal masalah ni.. bukan kecik kawan-kawan, elektrik takde bleh guna lampu celait (torchlight) or unggun api.. kalau air takde, takkan nak pakai kertas pasir?.. renung-renungkan lah lagi dan selamat berpikir!!
Syabas rayu penyelesaian segera
KUALA LUMPUR 11 Jan. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) merayu Kerajaan Pusat dan negeri mencari penyelesaian segera bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terus menanggung derita akibat krisis bekalan air yang berlaku ketika ini.
Langkah itu termasuk mengambil tindakan segera meningkatkan kapasiti bekalan air bersih sama ada menerusi penaiktarafan loji-loji air sedia ada atau pembinaan loji rawatan baru yang pernah dikemukakan pihaknya sebelum ini.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, sekiranya kesepakatan tidak dapat dicapai, dijangkakan lebih banyak kawasan akan mengalami bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah ekoran permintaan meningkat oleh pengguna sejak kebelakangan ini.
''Sejak 5 Januari lalu sebanyak 88 kawasan di Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat yang melibatkan 50,000 pengguna telah melalui fasa gangguan bekalan air,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat berhubung status terkini krisis bekalan air yang dialami di empat wilayah Syabas di sini hari ini.
Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan bekalan air walaupun loji - loji tersebut telah beroperasi pada tahap maksimum.
''Ia merupakan petanda awal krisis bekalan air akan berlaku dan sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan, Syabas berharap kerajaan negeri lebih prihatin mengenai cadangan itu kerana pelaksanaan dan pembangunan loji air adalah terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri,'' katanya.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi dan Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som.
Menurut Rozali, krisis bekalan air yang berlaku ketika ini adalah berpunca daripada kelewatan pembinaan Loji Air Langat 2.
''Bagi tahun ini, keperluan air dijangka meningkat kepada 4,354 juta liter sehari pada hujung tahun dan kapasiti bekalan adalah 4,326 juta liter sehari. Oleh sebab itu, mulai tahun ini kesan kekurangan bekalan air akan mulai dirasakan sehinggalah Loji Air Langat 2 dapat disiapkan yang dijangka pada Januari 2016,'' ujarnya.
Tambah beliau, sejak 2005 Syabas telah mengemukakan 10 cadangan kepada Kerajaan Pusat bagi mengatasi krisis bekalan air bagi jangka panjang dan hanya lapan diterima dengan tiga daripadanya telah dilaksanakan.
Selain projek pemindahan air pukal Bernam River Head World, dua lagi melibatkan kerja-kerja menaiktaraf pam Loji Sungai Selangor dan Loji Sungai Air Labu bagi Fasa 1 dan 2 yang dijangka siap pertengahan tahun ini.
Rozali berkata, sebagai penyelesaian sementara kepada situasi itu, Syabas telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki air yang sedia ada bagi digerakkan pada bila-bila masa apabila keadaan memerlukan.
''Setakat ini Syabas telah menerima sejumlah 2,177 aduan daripada pengguna di kawasan-kawasan terlibat dan dijangkakan lebih banyak aduan diterima dalam tempoh terdekat,'' katanya.
Sehubungan itu, pengguna juga dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan menggelakkan pembaziran bagi menghadapi situasi itu.
Trying this funtion.. bleh ke comment merapu kat sini?
ReplyDelete