Petikan daripada Tanya Dr. Fuel - Metro :
NOMBOR oktana merujuk kepada keupayaan minyak gasolin untuk melawan pembakaran auto @ 'auto-ignition' ('knocking') dalam pembakaran melalui percikan penyalaan atau 'spark-ignition' (enjin gasolin). Nombor oktana yang lebih tinggi merujuk kepada keupayaan yang lebih tinggi dalam minyak itu untuk melawan pembakaran auto. Kenderaan berlainan direka untuk menggunakan minyak dengan nombor oktana yang berbeza. Penggunaan nombor oktana tepat berasaskan rekaan enjin serta pelarasan akan memaksimumkan keberkesanan dan prestasi kenderaan. Kenderaan moden yang dilengkapi pengesan 'knocking' berupaya melaraskan pemasaan pembakaran secara automatik mengikut nombor oktana minyak dan memberikan prestasi yang lebih cemerlang atau buruk bergantung kepada oktana yang digunakan.
....So betulla ape yg aku tulis kat bawah ni kan? lebih rendah Octane No. lebih bagus pembakarannya.. lagipun aku bukan bwk BMW M5 sports yang ada sensor knocking tu..
Thursday, November 27, 2008
Wednesday, November 19, 2008
Woweee! Petrol Turun Lagi .. RM2.00 per liter for RON95 & RM1.90 for RON92
Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan rege minyak petrol turun lagi. Selamatlah jugak bajet aku untuk bulan2 yang akan datang. Seperti yang kita tau minyak ni terbahagi kepada beberapa gred atau yang depa labelkan RON92, RON97, RON99.. semakin tinggi , semakin banyak la tahap Octane dalam minyak tu dan semakin tinggilah harganya. Bila cerita pasal minyak ni aku teringat kepada Cik Mat, Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Putrajaya. Dia ni expert dalam bidang permotoran dan untuk setiap kenderaan baru yang hendak didaftarkan di Malaysia ni perlu mendapatkan tandatangan beliau...so senang cerita, kalau GTR-R38 keluar nanti , dia le yang pegi test dulu dan bagi approval untuk berada di jalanraya Malaysia.
Yang aku ingatlaaa dia penah cakap ... "bagi kenderaan biasa2 di Mesia (kategori kreta selain GTR, 350Z, Civic Type-R -- depa kena pakai V-power as mentioned dalam user manual kereta2 hebat ni), kenderaan biasa2 ni tak perlu guna minyak high octane macam RON97 (ijau) tu disebabkan pembakaran untuk minyak jenis ini kurang lengkap bila dibandingkan dengan RON92 (org kampung cakap-minyak merah). Pembakaran yang kurang lengkap akan mengurangkan kepoweran kereta anda.... Minyak merah (RON92) ni pulak sebenarnya jenis Unleaded juga (ramai yang salah anggap kan?)..... menurut Cik Mat lagi... kat malaysia ni minyak semua jenis unleaded...yang berkarbon dah pupus dah.. tak dibenarkan diproduce lagik... so janganlah percaya orang cakap minyak RON92 ni buleh rosakkan enjin la, banyak carbon la.. smua tu mengarut... ditambah lagi..RON92 mempunyai tahap pembakaran yang lebih baik berbanding RON97 (ijau)...ini disebabkan RON97 telah direka sebagai green oil..so pembakaran nya dihadkan leeee.. senang cerita bebudak main kreta/motot lebih suka pakai minyak RON92 bebanding RON97..selain agak murah .. ianya lebih power....." tulah serba sedikit yang aku ingat pasal penggunaan minyak petrol ni.... terima kasih kepada Cik Mat yang telah menjelaskan satu lagi mitos yang bermain di pikiran ramai rakyat malaysia.. domo-arigato-gozzaimasu!!
Rebet Best Daripada Kerajaan Malaysia Melalui Pos Malaysia Berhad
Dah 2-3 hari aku gi pos malaysia untuk claim rebet utk motot ni. Bukannya banyak pong, RM150 je. Tu puuunnnn payah nak claim.. alasan bebudak kat kaunter tu .. " encik, komputet kami offline / ada masalah dgn server JPJ" ... betul ke atau mitos lagi???? ke dah abis peruntukan rebet tu utk rakyat malaysia yg berpendapatan sederhana macam aku ni. Tolonglah wahai pegawai2 Pos Malaysia, takkanleeee problem macam ni berulang2 kali berlaku.. leceh wooo nak beratur kat pejabat pos. Setiap kali pegi, musti ramai orang. Mungkin ujung minggu ni nak kene cuba lagi kot.. ceh..
Kehidupan Seharian Mat Rempit
Dah 2 minggu aku layan motot GTS200 tu. Alhamdulillah semua ok. 1st 300km dah belasah 100-130kmj utk pastikan semua skru2, bolt + nuts tak tecabut, enjin masih smooth. Hantar di SYM segambut pada sabtu lepas. Pomen SYM mentioned that the wiring for head light dah tebalik. Patutlah rasa semacam je lampu rendah. Lepas depa membetulkan semua wiring plus ejas sedikit caarburetor, result cheking utk 1st service.. mantap. So, sebenar2nyelah...takperlu pantang2 utk motot baru nih. Jangan takut untuk membelasah ke tahap maksimum. Selagi dalam waranty, belasahlah mana yang patut.
Bagi yang belum terpikir...pantang2 untuk kenderaan baru ni mitos pengeluar motosikal / kerete je. Bila dipikirkan lagik, mmglah kalau bawak 60-80kmj motot/kreta akan selamat/ok so tak payah le pengeluar motot/kreta ni menggantikan peralatan yang rosak..so save la budget maintanance mereka. Mitos ni telah digunapakai oleh semua pengeluar jentera motot/kreta. Macam ada common understanding pulok antara mereka ketika mewujudkan peraturan yang tahapa-hapa ni.
Monday, November 17, 2008
Nasik Berlauk Mak Cik X di Kota Damansara
Review makanan la pulok.. kali ni nasi berlauk di kota damansara. Bertempat di seksyen 11, kota damansara dan bersebelahan dengan flat gugusan dedap terdapat sebuah gerai tepi jalan kepunyaan makcik X. Kedai mak cik x yang dibuka mulai jam 6.45 am sampaila nasik dia abis menjanjikan kepuasan maksima kepada para penggemar gulai kari.... setakat ni tak pernah mengecewakan. Rasa karinya yang cukup lemak mmg tidak dapat dinafikan. Boleh kata 3x seminggu aku akan singgah kat situ untuk manapau nasik berlauk mak cik x itu (nama tak tanya). Ini semua gara2 kafe kat tempat kije aku tu didapati tidak bersih dan baru2 diarahkan tutup atas sebab kebersihannya.. kat luar nampak ok, kat dalam..pergh... ulat putih siap berenang2 dalam kuali mee goreng.. erkkk ..uweekkk..
Sunday, November 16, 2008
Item untuk dijual
........... 3 item ni perlu dijual disebabkan dah takde tempat utk simpan kat rumah. Menyemak ajer..
1) Philips 15" CRT monitor (Kaler Itamm) - good condition
2) SONY DVD+CDRW drive (kaler beige) - great condition + Nero Burning installer free.
3) LG CDROM Drive = RM80
Harge pakej = RM230 (pls email/call to nego).
Wednesday, November 12, 2008
Band-band hebat masa lampau
Subscribe to:
Posts (Atom)