Showing posts with label merapu lagi... Show all posts
Showing posts with label merapu lagi... Show all posts

Monday, January 12, 2009

Kaedah Hilangkan Keletihan Di Pejabat?


Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.



Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Wednesday, November 19, 2008

Kehidupan Seharian Mat Rempit


Dah 2 minggu aku layan motot GTS200 tu. Alhamdulillah semua ok. 1st 300km dah belasah 100-130kmj utk pastikan semua skru2, bolt + nuts tak tecabut, enjin masih smooth. Hantar di SYM segambut pada sabtu lepas. Pomen SYM mentioned that the wiring for head light dah tebalik. Patutlah rasa semacam je lampu rendah. Lepas depa membetulkan semua wiring plus ejas sedikit caarburetor, result cheking utk 1st service.. mantap. So, sebenar2nyelah...takperlu pantang2 utk motot baru nih. Jangan takut untuk membelasah ke tahap maksimum. Selagi dalam waranty, belasahlah mana yang patut.

Bagi yang belum terpikir...pantang2 untuk kenderaan baru ni mitos pengeluar motosikal / kerete je. Bila dipikirkan lagik, mmglah kalau bawak 60-80kmj motot/kreta akan selamat/ok so tak payah le pengeluar motot/kreta ni menggantikan peralatan yang rosak..so save la budget maintanance mereka. Mitos ni telah digunapakai oleh semua pengeluar jentera motot/kreta. Macam ada common understanding pulok antara mereka ketika mewujudkan peraturan yang tahapa-hapa ni.

Monday, November 17, 2008

Nasik Berlauk Mak Cik X di Kota Damansara

Review makanan la pulok.. kali ni nasi berlauk di kota damansara. Bertempat di seksyen 11, kota damansara dan bersebelahan dengan flat gugusan dedap terdapat sebuah gerai tepi jalan kepunyaan makcik X. Kedai mak cik x yang dibuka mulai jam 6.45 am sampaila nasik dia abis menjanjikan kepuasan maksima kepada para penggemar gulai kari.... setakat ni tak pernah mengecewakan. Rasa karinya yang cukup lemak mmg tidak dapat dinafikan. Boleh kata 3x seminggu aku akan singgah kat situ untuk manapau nasik berlauk mak cik x itu (nama tak tanya). Ini semua gara2 kafe kat tempat kije aku tu didapati tidak bersih dan baru2 diarahkan tutup atas sebab kebersihannya.. kat luar nampak ok, kat dalam..pergh... ulat putih siap berenang2 dalam kuali mee goreng.. erkkk ..uweekkk..

Thursday, October 23, 2008

Open House disini disana disinun...


Selamat hari raya ...

Went to another open house tadik right after finish my breakfast. Apesal la tak ingat appointment harini kat situ?..just wasted my RM3.80 on nasik lemak & ayam.. rugi woo.. nampak gayanya open house depa lebih menarik daripada yang dibuat oleh sektor aku.. satay, ketupat, roti jala, kek secret resepi, perrghh.. cuma air kopi & teh je takda... depa lupa kot..well nobody's perfect..

Semalam (khamis 23 oct '08) dapatlah jemputan ke open house TNB jalan bangsar.. sempat jumpa banyak taiko2 TNB temasuklah tansri leo moggie.. otai woo.... yang paling best kat sana ialah rendang ayam depa ... benda nilah yg membuatkan pinggan aku tak henti2 dipenuhi makanan... rendang ayam + ketupat, rendang ayam + satay , rendang ayam+nasik impit... rendang ayam ratahan... variasi taklah banyak .. namun setiap dish yang disediakan adalah yang paling best di dalam kelas nya..

Sehari sebelum tu pulak (rabu 22 Oct'08) aku telah dipaksarelakan untuk menjadi usherer/peng-ushar jemputan majlis open house department ni.. nak tak nak kene la pegi... kalau taknak kene STS la.. surat tunjuk sebab...bertolak daripada putrajaya dgn mywi yang amat berjasa ni kul 1.00pm.. kene ada kat sana 2.30pm.. baju melayu tak gosok lagi.. nasib baiklah rumah kat belakang tu je.. so sempatlah balik kejap gosok baju... mandi dan terus ke sana... suasana meriah .. tapi di spoil oleh lawak2 tak hapa2 oleh geng-geng SENARIO? ... antara artis jemputan haritu.. makanan pun tak lah sebest di TNB... tp oklah jugak.. majlis berjalan lancar YB pun nampak happy hari tu..mission completed.. terus balik ..opss.. kene pegi Damansara Uptown dulu jemput myfairlady balik keje.. lepas tu terus ke Jusco one utama pasal ada J-card Day pulak..

J-Card day , kepada sesapa yg penah pegi... merupakan hari membeli-belah secara gila2 dan hari yg bawak manyak untung kepada tokey2 jusco.. really don't know why everytime i went there, i will buy something expensive .. last year got meself a digital camera.. this year ???? .. i got myself a brand new laptop.. huyoooo.. kopak poket pakcik... with about RM220 discounts i bought it at around RM2k la... also sempat compare the price of the damn thing with a shop just outside the jusco... harga memang standard Compaq... tak bleh diskaun... kat j-card day nilah diskaun yang pelik2 ni boleh berlaku.. so... swap-swap... kredit card lagi... baru je azam nak kurangkan utang.. skrang tambah RM2k lg dalam card tu... so now tengah godek2 laptop baru tu kat rumah.. later will tell u the result..

Wednesday, September 24, 2008

Petrol Turun Lagi

Ok la tu.... akhirnya turun lagik...tapi masih tak cukup.

Bila fikir dalam2 sampai bila kita nak jadi rakyat yang senantiasa mengharapkan subsidi, apa masalah di negara kita ni sampai kita amatlah dibebani dengan macam2 problem akhir2 ni.

Kebanyakkannya disebabkan oleh black gold ni.

Negara dah makin maju, fikiran kenalah kelas satu, tapi rasanya kita masih di dunia ketiga, kenapa RM10 hari ini tak sama dengan RM10 20 tahun lalu? Duit raya RM10 pun orang buat takpandang je. Nak tengok wayang pun tak cukup. Dulu?...

Tak payah tengok jauh2, cuba tengok di Singapore pun dah cukup,... negara maju, taraf hidup tinggi.. tapi gaji depa? masih boleh cope dengan taraf hidup tu... kat sini ?

ape masalahnye?

aku tak reti nak jawab...matdux pun akurase garuk kepala jugak pikir benda ni?.. belum masuk nobel & ruam lagi...

mungkin kita dah hilang fokus... dulu berkejar-kejar nak bikin bangunan tinggi2,
tarik pelaburan daripada luar negeri,
sampai macam2 pak-edah diberikan kepada mereka,
subsidi ni subsidi tu, pelepasan tax, dan macam2 lagi..
tapi gaji aku banyak tu je.. what when wrong here?

bila kita nak bebas daripada makan subsidi... bila nak berdikari?

.. bila nak capai rakyat minda kelas 1? bila?

.. mungkin jawapannya ada pada... bagaimana?...