Thursday, May 7, 2015

Peristiwa 8 Mei 2015

sesi ramah mesra bersama pemimpin pelajar Malaysian Student Council of New South Wales (MASCA-NSW) di rumah Pengarah EMA

Blog yang bersawang

1. Bermula menulis kembali, tengok balik post last tu, pergh, dah 2 tahun tak update.

2. Banyak yang telah berlaku since last post in 2013. Pegi memberanikan diri apply post Atase Pendidikan Education Malaysia, pergi interview 2 kali dan akhirnya alhamdulillah berjaya diterima masuk dan ditempatkan di Education Malaysia Australia.

3. Bermulalah episod "bekerja di luar negara" yang tak pernah pun dimimpikan sebelum ini.


 


Thursday, February 14, 2013

2 Hot Issue Minggu Ini

1. Sepanjang minggu ini, bersempena cuti Chinese New Year yang kebiasaannya amat panjang, sempat jugak saya membaca akhbar-akhbar tabloid dan mainstream untuk mengikuti "perkembangan semasa" dalam negara. Antara hot stuffs di dalam kebanyakan akhbar dalam minggu ini adalah berkaitan dua berita ini:- 

- "kehilangan" artis Shila Amzah 
-  kehadiran artis PSY yang popular dengan lagak ngerinya dalam parody Gangnam Style 

2.  Namun, apa yang nak dikongsikan di sini bukanlah secara langsung mengenai isu dua artis tersebut, kerna blog ini bukanlah blog pasal gosip-gosip panas atau seumpamanya. Kiranya dilihat dari perspektif berbeza, kedua-dua artis tersebut bolehlah dikategorikan sebagai manusia yang berjaya dibidang mereka. Azizi Ali dalam buku best seller-nya  "Millionaire in Me" ada menggariskan bahawa untuk berjaya atau kaya atau ber-wang, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan. Antaranya adalah dengan menggunakan bakat yang ada untuk menjana pendapatan, itulah yang berjaya dilakukan oleh kedua-dua insan seni ini.    

3.  Nama Shila Amzah bukan asing lagi dalam dunia seni negara, anak kepada seorang penyanyi popular di era 80-an ini pernah memenangi anugerah diperingkat ASIA iaitu di Asian Wave 2012. Bakat yang ada padanya tidak dipersiakan, ianya digilap oleh bapanya dan the rest is history. Pendapatan bulanannya sekiranya dikira berdasarkan undangan yang tidak putus-putus untuk persembahan pentas atau majlis-majlis yang diterimanya, amatlah masyuk. Faktor undangan persembahan ini sahaja mungkin sudah menjadikannya jutawan, belum lagi kontrak-kontrak iklan yang sememangya sudah ditandatangani....persoalannya, kita di mana? 

credit : unknown

4.  Siapa yang tak kenal mamat PSY ni ? Dengan motonya "dress classy, dance cheesy", telah menggegarkan dunia seni melalui fenomena parody Gangnam Style. Video parody tersebut telah ditonton sebanyak lebih 1.3 billion kali di youtube menjadikannya artis paling popular masa kini. Melalui populariti dan bakat yang dimilikinya, maka "masyuk" tu datang, bukan sikit, malah berjuta-jutaaa. Khabarnya artis syarikat YG Entertainment ini akan melancarkan stem kenangannya sendiri di Seoul, Korea Selatan pada penghujung bulan ini sempena kecemerlangan yang dicapainya ...persoalannya, kita dimana?     

credit :  unknown

5. Oleh yang demikian, marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri, tanyakan kepada manusia di depan cermin itu, siapakah hang? apa matlamat hidup hang? Itu untuk sisi hadapan, untuk sisi yang berbeza pula, pandangan insan yang anda sayangi mungkin boleh membantu...

sekian..    

Wednesday, February 6, 2013

Bonus Tertinggi Tabung Haji Dalam Tempoh 5 tahun


Alhamdulillah...semakin tinggi bonus yang diberikan oleh Tabung Haji.

Kepada yang menjadikan TH sebagai salah satu sumber pelaburan mereka, sudah pasti tersenyum lebar melihat gambarajah di atas kan?

Ditambah pula dengan faktor "SELEPAS POTONGAN ZAKAT" , kalau dicongak dengan kasar. :

===> Zakat = 2.5 %
===> Bonus 2012 TH = 8%
===> Jumlah kasar bonus diterima (sebelum zakat) = 10.5%  ????

Nampaknya macam lebih tinggi daripada apa yang diberikan oleh ASB baru-baru ini (8.9%)

Moga prestasi TH dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa selepas ini.. Dengar cerita, pembayaran kepada pendeposit akan dilakukan pada 10 Februari ni... mode: syukur rezeki 2013

Tuesday, January 22, 2013

Selamat Tahun Baru 2013!!


Happy New Year 2013 ! ... rasanya masih belum terlewat kot..kan masih bulan 1. Anyway today adalah hari yang dinanti-nantikan oleh ramai penjawat awam di Malaysia ni....apasal?? pay day loh... and also another 1/2 month bonus.. thanks for the bonusses.. moga tahun ni dapat lagi ye... 



Monday, January 16, 2012

5 worries & suggestions on the recent Selangor & Kuala Lumpur water crisis

Dear E.R.NA,

I've been thinking lately on what will happen to our daily life when there's insufficient clean water available.

These are my worries:

1) There will be no more lengthy showers before & after work;

2) No more operating the washing machine with low loads & we might need to wash it with our own hands;

3) Dead flowers, papayas & banana trees at the backyard;

4) Dead chicken, fishes & birds at the barn; and 
5) Hundreds of bottled mineral water bottles lying in the store room for us to drink, etc.

(Photo credit: HeartfortheNations.net)

Here's are my suggestion:

1) Do plan carefully to prevent this crisis from becoming worse;

2) Do work together for the benefit of the rakyat, not your own;

3) Do your job, not sit on it;

4) Do think outside of the box; and

5) Do increase your efficiency.

Best regards,

Rakyat Marhaien.



Thursday, January 12, 2012

4 Perkara local bands seperti Search, Wings, Bunkface, Hujan dan Meet Uncle Hussein boleh belajar dari lagu Country House by BLUR


Selamat pagi Jumaat, sedang asyik merenung kerja-kerja yang masih berbaki di atas meja ni.. tergerak pulak telinga nak mendengar lagu-lagu britpop yang bersarang dalam hard drive komputet aku yang banyak berjasa ni. Apabila speaker chap ayam dinyalakan dan butang PLAY windows media player ditekan.. maka lagu pertama dalam playlist 90's britpop pun berkumandang.. secara sayup-sayup (tak bley bising-bising, bos marah) .. Country House dari Blur. 

Dalam beberapa bait-bait lirik yang dibebelkan oleh Damon Albarn.. ada dia sebut pasal "rat race"... atau perlumbaan tikus. Rasanya ramai yang paham atau pernah mendengar istilah rat race ni, oleh kerana aku masih samar-samar...aku try tanya En.Wikipedia.. dia cakap:-

1. A rat race is a term used for an endless, self-defeating or pointless pursuit. It conjures up the image of the futile efforts of a lab rat trying to escape while running around a maze or in a wheel. In an analogy to the modern city, many rats in a single maze expend a lot of effort running around, but ultimately achieve nothing (meaningful) either collectively or individually.

2. The rat race is a term often used to describe work, particularly excessive work; in general terms, if one works too much, one is in the rat race. This terminology contains implications that many people see work as a seemingly endless pursuit with little reward or purpose

3. The rat race also refers to the fierce competition involved in maintaining or improving one's position in the workplace or on the social ladder. This term presumably alludes to the rat's desperate struggle for survival.

Nah.. berabuk betul english En.wiki, meh aku try mendefinasikan balik istilah ni dalam layman-term.. kalau salah harap maafkan.. secara ringkasnya sebilangan besar dari kita yang bekerja, secara makan gaji atau tidak, berada satu perlumbaan yang mmg tak berkesudahan, kalau stop (sakit/kene buang keje/dll.), kita miss soru/makan or maybe end up dead.. oleh yang demikian, untuk keluar dari atau memenangi perlumbaan ini, kita perlu mencari sesuatu kaedah atau cara bagi memastikan income yang masuk takkan berhenti bila kita dah malas nak bekerja.. the answer is .. PASSIVE INCOME. Nak tau lebih lanjut, bleh surf blog roll aku kat sebelah ni.. Bloggers seperti Abang Ensem tu memang master dalam creating passive income. Jadi, apakah 4 pengajaran yang bleh dipelajari dari lagu BLUR ni?? 

1. Sejak tahun 1995, BLUR dah pun menceritakan pasal apa itu RAT RACE.. (ramai yang tak hambik pedulik..sure portfolio investment aku akan lebih masyuk kalau start awal); 

2. Adalah sukar kalau nak keluar dari RAT RACE kalau ilmu tak penuh dalam dada;

3. Jika terkeluar dari RAT RACE, terutamanya bila pencen, pastikan anda punyai wang yang sangat banyak hingga bleh beli "country house" atau "Rumah Kampung" dan juga cukup untuk maintain lifestyle yang sama seperti ketika anda bekerja; and finally...

4.  Kalau nak buat video clip yang bagus, kene masukkan awek-awek yang cun dan storyboard yang best (video ni pernah dicalonkan sebagai best video dalam 1996 BRIT Awards)

Jom layan videoclip ni.. the best ever from BLUR... enjoy!


Blur - Country House, 1995




Wednesday, January 11, 2012

Krisis Bekalan Air Selangor & Kuala Lumpur, wujudkah penyelesaian?



Pagi ni sempat membelek paper Utusan Malaysia (boss punya) di opis, antara berita yang menarik pemandangan adalah mengenai isu bekalan air di Selangor khususnya di daerah Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat.

Berita ini dapat aku kaitkan dengan apa aku lihat di salah sebuah Hospital Pakar Swasta di Bandar Baru Bangi baru-baru ini dimana kelihatan beberapa staff hospital bertungkus lumus memindahkan tong-tong drum berisi air bersih untuk kegunaan hospital.

Apa yang aku buat kat hospital tu? .. kebetulan hari tu adalah hari cucuk anakanda ku M.D Ukail yang baru masuk 5 bulan. Dr. Azman yang bertugas malam tu ada bertanya..kat rumah hang ada air tak? aku jawab, ada..takde masalah, apesal doc? Dr. Azman seperti merungut jawab.. kat sini ada masalah bekalan air.. Oooo.. gitu ke? Kesian... Doc mandi tak hari ni? (dialog yang last tu aku tambah je..)


Aku tau perkara seperti ini akan berlaku, tapi taklah secepat ini. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga pihak SYABAS pernah menyatakan bahawa Lembah Klang akan mengalami KRISIS BEKALAN AIR menjelang 2014. Tapi bro, ni baru masuk 2012.. tempiasnya dah kelihatan. Tu baru kat Bangi, kalau satu Lembah Klang ni takde air camana?  Sapa nak disalahkan ni? syabas kah? kerajaan kah? kerajaan yang mana satu? atau salahkan diri sendiri? renung-renungkanlah.. 

Sambil tu mari baca petikan akhbar hari ni pasal masalah ni.. bukan kecik kawan-kawan, elektrik takde bleh guna lampu celait (torchlight) or unggun api.. kalau air takde, takkan nak pakai kertas pasir?.. renung-renungkan lah lagi dan selamat berpikir!!


Syabas rayu penyelesaian segera

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas) merayu Kerajaan Pusat dan negeri mencari penyelesaian segera bagi memastikan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terus menanggung derita akibat krisis bekalan air yang berlaku ketika ini.
Langkah itu termasuk mengambil tindakan segera meningkatkan kapasiti bekalan air bersih sama ada menerusi penaiktarafan loji-loji air sedia ada atau pembinaan loji rawatan baru yang pernah dikemukakan pihaknya sebelum ini.
Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, sekiranya kesepakatan tidak dapat dicapai, dijangkakan lebih banyak kawasan akan mengalami bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah ekoran permintaan meningkat oleh pengguna sejak kebelakangan ini.
''Sejak 5 Januari lalu sebanyak 88 kawasan di Hulu Langat, Petaling, Sepang dan Kuala Langat yang melibatkan 50,000 pengguna telah melalui fasa gangguan bekalan air,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat berhubung status terkini krisis bekalan air yang dialami di empat wilayah Syabas di sini hari ini.
Menurutnya, keadaan itu berlaku disebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan bekalan air walaupun loji - loji tersebut telah beroperasi pada tahap maksimum.
''Ia merupakan petanda awal krisis bekalan air akan berlaku dan sebagai pihak yang dipertanggungjawabkan, Syabas berharap kerajaan negeri lebih prihatin mengenai cadangan itu kerana pelaksanaan dan pembangunan loji air adalah terletak di bawah tanggungjawab kerajaan negeri,'' katanya.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Lee Miang Koi dan Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som.
Menurut Rozali, krisis bekalan air yang berlaku ketika ini adalah berpunca daripada kelewatan pembinaan Loji Air Langat 2.
''Bagi tahun ini, keperluan air dijangka meningkat kepada 4,354 juta liter sehari pada hujung tahun dan kapasiti bekalan adalah 4,326 juta liter sehari. Oleh sebab itu, mulai tahun ini kesan kekurangan bekalan air akan mulai dirasakan sehinggalah Loji Air Langat 2 dapat disiapkan yang dijangka pada Januari 2016,'' ujarnya.
Tambah beliau, sejak 2005 Syabas telah mengemukakan 10 cadangan kepada Kerajaan Pusat bagi mengatasi krisis bekalan air bagi jangka panjang dan hanya lapan diterima dengan tiga daripadanya telah dilaksanakan.
Selain projek pemindahan air pukal Bernam River Head World, dua lagi melibatkan kerja-kerja menaiktaraf pam Loji Sungai Selangor dan Loji Sungai Air Labu bagi Fasa 1 dan 2 yang dijangka siap pertengahan tahun ini.
Rozali berkata, sebagai penyelesaian sementara kepada situasi itu, Syabas telah menyediakan sebanyak 42 buah lori tangki air yang sedia ada bagi digerakkan pada bila-bila masa apabila keadaan memerlukan.
''Setakat ini Syabas telah menerima sejumlah 2,177 aduan daripada pengguna di kawasan-kawasan terlibat dan dijangkakan lebih banyak aduan diterima dalam tempoh terdekat,'' katanya.
Sehubungan itu, pengguna juga dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan menggelakkan pembaziran bagi menghadapi situasi itu.

Monday, January 9, 2012

2012 is here.. Happy New Year !

Bila tiba tahun baru, ramai yang sibuk cerita pasal azam, siapa azam?

Bukan azam anak cik yati restoran nasik goreng kampung kat Taman Sri Pulai tu..

azam is resolution ? betul ke ni.. kalau salah harap dimaafkan.

Apabila di-review balik azam 2011, masih ada yang tertinggal, perlu ditambah baik dan dibawa ke 2012 seperti berikut:

DUNIAWI :-

1. Cash RMxxxk di savings account untuk investment (aku quote AA; "no reserve, no invest")

2. Memiliki 4 buah rumah (hanya capai 2 bijik, sebijik lagi still in process, sebijik lagi kalah bidding..isk..isk..)

3. Sebijik kereta CASH utk pelbagai urusan.

4. Menyetelkan "hutang jahat" sebanyak RMxxk.

UKHRAWI :-

1. Katam al-quran 1x

2. Puasa sunat

... insyaAllah, moga dibekalkan kekuatan, kesabaran dan kesihatan untuk menempuhi 2012 dan mencapai azam ini.   

Sunday, July 17, 2011

Peti Sejuk Cekap Tenaga



1.  Alhamdulillah, sampai jugak peti sejuk yang aku book ahad semalam. Just for sharing, peti sejuk ini kalau mengikutkan sticker 5-bintang yang terdapat padanya merupakan jenis yang cekap tenaga. Berdasarkan maklumat pada label cekap tenaga yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) tu, penggunaan tenaga elektrik bagi peralatan ini adalah 25% lebih rendah daripada peti sejuk konvensional yang mempunyai spesifikasi seumpamanya.

2.  Dalam erti kata lain, secara teorinya, aku boleh menjimatkan bil elektrik sebanyak 25% setiap bulan bila menggunakan peti sejuk jenis ini berbanding aku beli brand lain yang tidak cekap tenaga. Berbaloi ke? Tu kene rujuk kepada bil elektrik bulan 8 ni. Namun demikian, aku rasa bil bulan 8 ni akan mencanak naik jugak sebab ... 
  • bulan lepas, aku dengan gatal tangannya telah membeli sebuah aircond berkapasiti 1hp yang takde pun label cekap tenaga 5-bintang ST tu. Bukannya apa, cuma tgk price tagnya yang amat rendah dan ditambah dengan beberapa goodies lagik yang kedai tu bagi, maka terbeli jugak lah aircond tu;
  • peti sejuk baru ni pulak, walaupun ianya cekap tenaga, saiznya adalah 2 kali ganda peti sejuk lama iaitu 600liter .. so banyak jugak lah tenaga yang digunakan..emm..
 3.  Ironinya, peralatan elektrik yang cekap tenaga di Malaysia masih lagi mahal berbanding pesaingnya. Diharapkan dengan adanya kempen-kempen kesedaran yang diadakan kerajaan mahupun agensi bukan kerajaan, maka harga peralatan ini dapat diturunkan setelah permintaan terhadapnya meningkat. Kita sebagai pengguna perlu menyedari betapa banyak duit gaji bulanan ataupun komisyen yang dapat dijimatkan dengan membeli peralatan cekap tenaga ini.

4.  Pengajarannya disini adalah ... "Jimat Tenaga, Jimat Wang... beli lah barangan elektrik yang ada label cekap tenaga 5-bintang tu..."

Friday, July 15, 2011

Dapatkan Rebat RM100 - RM200 Bagi Pembelian Penyaman Udara & Peti Sejuk Mulai Julai 2011 Di bawah Program SAVE KeTTHA


1.  Pada 7 Julai lepas sempat juga teman menghadiri majlis perasmian Program Sustainability Achieved via Energy Efficiency atau SAVE yang diadakan di Auditorium Parce E, Putrajaya. Program kelolaan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ini merupakan salah satu Entry Point Program (EPP) bagi Economic Trasformation Program (ETP) yang dilancarkan oleh YAB PM baru-baru ini.

2.   Program SAVE ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan Kecekapan Tenaga atau Energy Efficiency. Pada pendapat teman, amalan atau trend baru seperti ini perlu dipertingkatkan dan disebarkan keseluruh pelusuk negara kerana ianya amat penting bagi mengurangkan penggunaan atau pemintaan terhadap tenaga elektrik. Antara kelebihan yang dapat dilihat melalui amalan Kecekapan Tenaga adalah seperti berikut: 
  • mengurangkan kebergantungan ke atas sumber tenaga elektrik seperti arang baru (coal), Gas dan Minyak.
  • mengurangkan pelepasan Green House Gas (GHG) akibat pembakaran bahan api fosil untuk menjana elektrik
  • dan yang paling penting ... untuk menjimatkan wang untuk membayar bil elektrik yang semakin hari semakin tinggi dewasa ini.
 3.  Selain daripada itu, apabila pemintaan terhadap elektrik berkurang, maka duit kerajaan dapat dijimatkan, defisit negara berkurangan, ataupun disalurkan untuk projek-projek lain yang dapat memberi manfaat kepada rakyat seperti menaikkan gaji penjawat awam.. hehe... lantas menjalin laluan yang tidak berliku untuk menuju sasaran Negara Berpendapatan Tinggi pasca 2020.



4.  Di dalam usaha meralisasikan Wawasan 2020, kita perlu menggunakan tenaga dengan lebih cekap (energy efficient). Sudah terlalu lama kerajaan memberikan subsidi keatas tarif elektrik sehingga ramai antara kita yang sudah naik lemak dan berfikir subsidi ini adalah hak dan perlu diberikan selamanya. Kita perlu sedar bahawa antara ciri-ciri sebuah negara maju adalah kurangnya subsidi yang akan membebankan negara tersebut lantas menjadikan ekonominya lebih kompetitif di zaman ekonomi kapitalis ini.  Dengan adanya program SAVE ini diharapkan dapat menyedarkan kita semua betapa pentingnya amalan penggunaan tenaga dengan cekap demi kepentingan kita semua.

5.  Merujuk kepada akhbar Berita Harian pada hari ini, Courts Memmot dah mula iklankan barangan cekap tenaga yang dijual mereka. Produk cekap tenaga yang diiktiraf perlulah mempunyai logo 5 bintang Suruhanjaya Tenaga. Namun, kadang-kadang terfikir jugak bahawa logo tu cuma sticker yang boleh ditampal2 dimana2 produk. Mungkin boleh mislead the public..emmm.. namun demikian dapat dirumuskan bahawa kempen pembelian peralatan elektrik cekap tenaga telah bermula. 


6.  Program promosi Kecekapan Tenaga telah lama diadakan di Malaysia, namun dengan adanya pemberian rebat oleh kerajaan ini diharapkan ianya berjaya mencapai objektifnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rebat yang diberikan boleh lawati laman ini :  http://www.saveenergy.gov.my/

7.  Yang teman pasti, pembelian peti sejuk bersaiz bawah 400liter akan diberikan rebat sebanyak RM200 manakala aircond diberikan rebat sebanyak RM100. Pengedaran rebat adalah terhad dan bukannya macam rebat petrol yang pernah kerajaan berikan sebelum ini. Diharapkan semoga program pemberian rebat kali ini tidak dimanipulasi oleh golongan yang tak bertanggujawab sepertimana yang berlaku ketika pemberian rebat petrol tempohari.



Yang pastinya juga bulan depan teman nak angkat peti sejuk baru sebijik....

yang cekap tenaga of course!!..



Wednesday, July 13, 2011

Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia (World Class Civil Service)



1.  Perkhidmatan awam sentiasa menjadi tumpuan rakyat untuk perlaksanaan hampir segala urusan. Berdasarkan fakta ini komitmen yang tinggi amat diperlukan bagi memuaskan hati pelanggan kepada perkhidmatan awam. Daripada Setiausaha Kerajaan hinggalah Pembantu Am Rendah pejabat, tiada sesiapa yang boleh dikecualikan dalam melaksanakan tanggungjawab ini. Di sinilah penjawat awam yang mendokong peranan sebagai ajen pelaksana perlu sedar bahawa mereka telah diamanahkan untuk menggalas janji memberikan rakyat kehidupan yang sempurna.

2.  Kini di era globalisasi, Malaysia harus bersaing atas asas kualiti, sama ada kualiti barangan mahupun kualiti perkhidmatan. Pelbagai pihak seperti pelabur asing, usahawan tempatan, pekerja dan semua pihak pasti akan berinteraksi dengan anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan aktiviti mereka. Apa yang mereka inginkan ialah penyampaian perkhidmatan awam yang cekap untuk memudahkanpekerjaan dan urusan mereka. Sekiranya mutu penyampaian perkhidmatan yang baik tidak dapat diberikan, amat mudah bagi peniaga dan pelabur mencari alternatif lain.

3.  Walaubagaimanapun, tahap kualiti perkhidmatan awam masa kini amat berbeza berbanding sedekad yang lalu dimana beberapa penambahbaikan telah berjaya dilaksanakan oleh pihak kerajaan terutamanya dari segi penyampaian perkhidmatan. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat di Jabatan Imigresen dimana proses menyiapkan passport baru atau pembaharuan passport berjaya dilaksanakan dalam tempoh 24 jam sahaja berbanding masa lalu dimana pelanggan terpaksa menunggu hampir seminggu untuk mendapatkan passport mereka.

4.  Selain daripada itu kemudahan di kebanyakkan kaunter perkhidmatan pelanggan turut dipertingkatkan dengan adanya sistem elektronik bagi mendapatkan angka giliran dimana pelanggan tidak perlu lagi beratur panjang untuk mendapatkan perkhidmatan dan yang terkini terdapat beberapa perkhidmatan seperti semakan penyata KWSP, permohonan pekerjaan serta pembayaran bil utiliti boleh diperolehi secara ’Online’ di internet.

5.  Dari segi infrastruktur pula, beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh kementerian bertanggungjawab yang memberi penekanan terhadap peningkatan tahap kualiti dan piawai perkhidmatan dilihat telah berjaya mencapai objektifnya. Antaranya adalah kejayaan projek penswastaan sektor telekomunikasi pada 1987 yang melahirkan Telekom Malaysia Berhad, penswastaan sektor elektrik yang melahirkan Tenaga Nasional Berhad pada tahun 1990 serta sektor pos yang melahir Pos Malaysia Berhad pada tahun 1992.

6.  Kejayaan projek penswastaan ini dapat dibuktikan apabila kita berpeluang ke luar negara terutama ke negara yang maju atau membangun dimana kita akan mendapati bahawa apabila dibuat perbandingan, kos perkhidmatan yang disediakan di negara kita adalah amat kompetitif malah sesetengah perkhidmatan dapat disediakan dengan kadar yang lebih rendah terutamanya perkhidmatan bekalan air dan elektrik berbanding negara lain.

7.  Faktor peningkatan integriti turut menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan awam dewasa ini. Dengan adanya agensi seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang berjaya memainkan peranan dengan cemerlang dalam mendedahkan kes-kes penyelewengan dan salah guna kuasa dikalangan rakyat & juga penjawat awam sendiri, kepercayaan rakyat selaku pelanggan perkhidmatan awam dapat diteguhkan dan secara langsung menjadikan perkhidmatan awam kini lebih telus dan cekap.

8.  Antara langkah terkini yang diambil oleh kerajaan bagi memelihara kepentingan rakyat adalah penubuhan 'Majlis Harga Negara' (MHN) pada 23 Januari 2008 lalu . Majlis yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri ini ditubuhkan untuk meminimumkan dan mengatasi dengan pantas sebarang masalah kenaikan harga barang dan juga masalah kestabilan bekalan. Penubuhan majlis ini tepat pada masanya iaitu ketika negara menghadapi senario kenaikan harga minyak dunia kebelakangan ini yang boleh memberikan kesan negatif kepada harga barangan, perkhidmatan dan juga kestabilan bekalan di Malaysia.

9.  Namun demikian masih terdapat ruang untuk diperbaiki terutamanya dari segi penyampaian perkhidmatan. Antaranya adalah sikap segelintir penjawat awam yang bertugas di kaunter-kaunter khidmat pelanggan yang didapati masih sukar untuk memberikan senyuman setiap kali berurusan. Ini sedikit sebanyak akan menggugat keunggulan mutu perkhidmatan awam akibat daripada perasaan kurang senang pelanggan yang sebelumnya telah dihidangkan dengan teknologi canggih ketika mengambil angka giliran.

10.  Selain daripada itu budaya cintakan ilmu masih kurang diterapkan dikalangan penjawat awam, ini dapat dilihat dengan peratusan buku ilmiah yang dipinjam daripada perpustakaan masih rendah berbanding dengan novel-novel fiksyen & sebagainya.

11.  Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah yang telah dibincangkan di atas seterusnya melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi. Antaranya adalah dengan meningkatkan ilmu & kemahiran penjawat awam menerusi latihan-latihan tertentu, pembacaan, perbincangan tentang aspek pekerjaan dan lain-lain lagi. Kesediaan seseorang penjawat awam untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya adalah salah satu budaya yang harus diamalkan.

12.  Bagi mereka yang berurusan terus dengan pelanggan atau 'front-liners' iaitu bahagian yang amat penting bagi sektor perkhidmatan ini, beberapa kursus yang berkaitan dengan khidmat pelanggan perlu diikuti. Antaranya seperti kursus untuk memperbaiki penampilan diri, memberi senyuman ketika berurusan dengan pelanggan, pengurusan stress dan sebagainya. Seterusnya, semua kakitangan yang telah menjalani kursus perlu diaudit oleh pihak pengurusan & jikalau gagal, mereka yang berkenaan perlu mengikutinya semula dalam tempoh yang ditetapkan. Disamping itu, pihak pengurusan perlu menggalakkan kakitangan untuk menyambung pelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi sebagai motivasi dan contoh kepada kakitangan yang lain.

13. Antara kaedah lain yang boleh digunapakai bagi melahirkan modal insan yang hebat ini adalah dengan menggalakkan interaksi dua hala antara pembekal perkhidmatan & pelanggan. Adalah penting untuk memahami kehendak pelanggan bagi mengesan masalah sebenar di dalam perkhidmatan terutamanya di sektor awam. Bagi menggalakkan lagi interaksi dua hala ini, peti aduan & cadangan perlu diletakkan di setiap kaunter khidmat pelanggan. Peti ini perlu dikunci & hanya pegawai tertentu boleh membuka dan menganalisa kandungannya. Setiap aduan & cadangan perlu dipaparkan di papan kenyataan khas bersama-sama tindakan susulan yang telah diambil oleh pihak pembekal perkhidmatan. Interaksi dua hala secara berterusan ini amat penting bagi mengetahui kehendak semasa pelanggan yang sentiasa berubah selaras dengan kemajuan sains dan teknologi.

14.  Selain daripada penyediaan peti aduan, laman web seperti yang telah dibangunkan oleh PEMUDAH (Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan) juga merupakan salah satu saluran yang baik bagi mengetengahkan masalah pelanggan terutamanya yang berkaitan dengan isu birokrasi yang wujud di dalam urusan dengan kerajaan. PEMUDAH merupakan inisiatif bersama sektor kerajaan dan swasta dimana objektif utama penubuhannya adalah untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan dan bagi memudahkan operasi perniagaan di Malaysia. Laman web ini memaparkan semua aktiviti yang telah dijalankan bagi tujuan penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan. Terdapat juga bahagian 'Cadangan dan Maklumbalas' yang membolehkan pelawat laman web memberikan cadangan & juga untuk meminta bantuan PEMUDAH dimana semua masalah akan dijawab oleh PEMUDAH dalam masa 3 hari .

15.  Penguatkuasaan undang-undang turut memainkan peranan penting dalam melahirkan modal insan yang berprestasi tinggi terutamanya yang melibatkan pengawalan tingkah laku atau kelakuan seseorang. Undang-undang yang termasuk di bawah kategori ini adalah seperti undang-undang kerahsiaan maklumat, keselamatan harta organisasi, prosedur kewangan, pengauditan, gangguan seksual dan sebagainya. Jika dilaksanakan dengan betul, telus & tegas dipercayai akan membantu meningkatkan kualiti kerja seseorang khususnya penjawat awam itu sendiri.

16.  Sikap mementingkan diri sendiri perlulah dikikis daripada diri setiap penjawat awam. Ini dapat direalisasikan dengan menginsafi akan tanggungjawab dan kuasa yang diberi, mengamalkan komunikasi yang berkesan antara majikan dan pekerja serta memberi peluang kepada pekerja bawahan menyuarakan pendapat & bertanya.

17.  Selain itu , amalan kepimpinan melalui teladan yang telah lama diadaptasikan di dalam perkhidmatan awam selama ini perlu digilap kembali dengan menggalakkan setiap pegawai atasan bertindak sebagai 'Role Model' bagi tingkah laku yang beretika. Pemimpin sesuatu organisasi perlu mempunyai sifat, gaya, prinsip, visi dan matlamat yang dapat mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengikut atau pekerja bawahannya. Selain itu, seorang pemimpin itu perlu menjadi contoh dan teladan yang baik dari segi membuat keputusan, penyelesaian masalah, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, projek dan sebagainya.

18.  Sebagai kesimpulannya, tiada suatu kerajaanpun di atas muka bumi ini sempurna lahirnya dan menjadi tanggungjawab bukan sahaja penjawat awam untuk mengatur strategi bagi mencapai tahap modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
19.  Coretan ini dibuat semasa aku cuba mengushar kerja gomen satu masa dahulu..

Tuesday, July 12, 2011

Back in business

Selamat Menyambut Ramadan.

Now, came the time most of us waiting for.. the fasting month of Ramadan. For me, in the same month i will be a father for the third time.. wah so excited mah. Hopefully, all will came out as planned. To think of it, this August will be the busiest month in this year. With new addition to the family on the way, new investment plan is being worked out and also to seek new frontier in my line of business/service.

May Allah bless me, my family and all muslims along the journey to, through & post Ramadan. InsyaAllah.


Wednesday, August 4, 2010

Ramadan bulan penuh keberkatan v.1

Apabila tibanya ramadan atau bulan posa, apa yang terdetik dalam pikiran segelintir orang adalah...

  • Nak buka posa apa petang ni? kebab ayam ke.. nasik tomato.. ayam percik.. air soya..
  • Camana nak carik duit raya lebih ni? nak jual biskut raya, ramai yang dah buat, nak bakar lemang tak reti..
  • Bila nak beli baju raya? takkan nak pakai tahun lepas punya ke?
  • Duit raya tahun ni camano? 2 inggit jeke sorang? anak penakan ramai tuuuuu.
  • Nak raya mana tahun ni ayah? kampung mummy ke kampung daddy? dan macam-macam lagilah.

Namun demikian ramai yang tak sedar apa objektif utama kita diarahkan untuk berpuasa. Sesi tazkirah ringkas di sebuah majlis yang sempat gonggot coklat hadiri sedikit sebanyak telah meng-refresh memory mengenai ramadan. 
Ramadan adalah bulan untuk mengumpul tunggakan bonus... bonus yang lebih lumayan daripada wang ringgit mahupun sebijik ferrari merah yang sangat diidam-idamkan oleh danish muqri. 
Danish Muqri dengan moto besar pertamanya
Persoalannya... mampukah kita , sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya... wallahualam..
Semoga ramadan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.. insyaAllah..

Tuesday, April 7, 2009

Projek TREE










Seminar ini merupakan salah satu komponen projek TREE (Transfer Renewable Energy & Efficiency) yang berlangsung sepanjang tahun 2008 dan 2009. Projek TREE yang dijalankan oleh pihak RENAC ini telah bermula pada bulan Disember 2008 dan mendapat sokongan daripada Federal Ministry for the Environment, Nature Conservation and Nuclear Safety (BMU) Jerman dari segi penawaran biasiswa kepada setiap peserta yang terpilih. Biasiswa ini telah diagihkan kepada 230 peserta daripada beberapa negara membangun seperti Argentina, Brazil, China, Indonesia, Jordan, Malaysia, Mexico, Namibia, Peru, Philippines, South Africa and Thailand. Ini memperlihatkan komitmen tinggi negara Jerman di dalam usaha mereka untuk memindahkan kepakaran di dalam bidang RE dan EE kepada negara-negara membangun tersebut.

Projek TREE yang mensasarkan capacity building di dalam bidang RE dan EE akan menjadi asas yang baik ke arah aktiviti pengurangan impak gas rumah hijau (Green House Gas, GHG), pengurangan kebergantungan terhadap sumber tenaga konvensional (fossil fuels), pertumbuhan industri baru di dalam bidang tenaga serta kesinambungan bekalan tenaga di negara peserta.







Seminar yang telah dianjurkan dengan jayanya oleh pihak RENAC ini meliputi topik-topik seperti berikut:

a) Introduction to Germany’s Energy Sector ;
b) Grid Integration of RE ;
c) Solar Thermal Energy;
d) Photovoltaics (PV);
e) Supporting Schemes and Market Introduction of RE;
f) Supporting Schemes and Legislation for RE & EE
g) Kecekapan Tenaga (EE) di bangunan-bangunan
h) Pembiayaan untuk projek-projek RE dan EE ;
i) Pembiayaan projek melalui CDM;
j) Kecekapan Tenaga (EE) di sektor industri; dan
k) Tenaga daripada angin (Wind Energy)

Secara rumusannya, program di Berlin ini telah berjaya membuka mata teman terhadap kepentingan Renewable Energy ini. Selain daripada itu, inilah kesempatan yang berjaya direnggut untuk terbang ke europe tanpa sebarang kos yang perlu ditanggung. Best wo... until next free trip ... adious amigos!!

Monday, January 12, 2009

Kaedah Hilangkan Keletihan Di Pejabat?


Beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kecergasan dan mengatasi masalah cepat letih serta mengantuk di tempat kerja.



Mesti bersarapan walaupun anda tidak rasa lapar. Kajian menunjukkan individu yang bersarapan berasa lebih baik daripada segi mental dan fizikal. Penyelidik dari Universiti Cardiff, United Kingdom mendapati hidangan seringkas bijirin sarapan pagi boleh merendahkan tahap hormon kortisol iaitu hormon yang menyebabkan tekanan.

Minum banyak air. Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat. Tanpa disedari perkara ini menyebabkan kita terasa penat.

Air juga membantu melancarkan aliran nutrien ke seluruh badan. Ia juga mengembalikan kepekatan darah ke paras normal. Jika anda berasa mengantuk, terutama selepas makan tengah hari, itu tandanya kurang oksigen sampai ke otak. Untuk mengatasinya, minum lebih banyak air masak bagi menghilangkan rasa mengantuk.

Segarkan semangat anda. Pilihan untuk gembira, sedih, malas atau rajin ada di tangan kita. Keletihan fizikal tidak sama dengan keletihan mental. Biasanya keletihan mental membuat anda berasa tidak bermaya dan tiada semangat untuk melakukan sebarang perkara.

Keletihan fizikal hilang selepas kita mandi, berehat atau tidur seketika. Namun keletihan mental, termasuk perasaan sedih, marah, geram, bosan, bimbang atau tekanan lain, akan berlarutan selagi ia tidak ditangani.

Badan bertindak balas terhadap perasaan yang kita pilih. Jika kita mahu berasa gembira, secara automatik badan dan otak terasa lebih bertenaga dan cergas. Namun jika anda masih terasa lesu, cuci muka. Ada kajian menunjukkan terapi air yang mudah ini boleh membuatkan kita berasa lebih segar.

Jangan mengeluh dan hilangkan apa yang terbuku dalam hati. Keluhan memberi kesan negatif kepada semangat kita. Perasaan terbuku sebenarnya adalah kesan sampingan tekanan yang boleh menyebabkan degupan jantung menjadi cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Sunday, January 11, 2009

Hari ni sibuk?


Hari ni sibuk? i wonder what sibuk supposed to be?.. some people sibuk surfing the net for useless info , me surfing the net during my lunch time for a place to hang out during my langkawi retreat.. can't wait lo... where/how to rent car in langkawi?.. arghhhh.. sibuk manjang..

Thursday, December 25, 2008

Do you remember Force Vomit ??


Do you remember this surf-punk band? Yeahh... they were the pioneers in this region. I remember ordering stuffs from them during my u-student days...the "laa...only 5 bucks in my wallet days".. thankfully that the guys don't rip me off .. that days we just slip in 5 bucks in a brown envelope & stick a note such as "pls don't rip-me-off or i'll publish it in my locally well known fanzine.. harhar" & post them to the bands which just release their demos..those were the days. Just stumble upon these blokes again during my mid-day surfing at the office.. their sound still fresh & catchy.. got a few sample mp3s offered on the site..some more.. perghh ...just what i need. A substitute for the 1st Demo/cassete tape that Ruam lost few years back... my Buddy Holly Compilation Vol. 2..

Thursday, November 27, 2008

High Octane Petrol .. Good or Bad??

Petikan daripada Tanya Dr. Fuel - Metro :

NOMBOR oktana merujuk kepada keupayaan minyak gasolin untuk melawan pembakaran auto @ 'auto-ignition' ('knocking') dalam pembakaran melalui percikan penyalaan atau 'spark-ignition' (enjin gasolin). Nombor oktana yang lebih tinggi merujuk kepada keupayaan yang lebih tinggi dalam minyak itu untuk melawan pembakaran auto. Kenderaan berlainan direka untuk menggunakan minyak dengan nombor oktana yang berbeza. Penggunaan nombor oktana tepat berasaskan rekaan enjin serta pelarasan akan memaksimumkan keberkesanan dan prestasi kenderaan. Kenderaan moden yang dilengkapi pengesan 'knocking' berupaya melaraskan pemasaan pembakaran secara automatik mengikut nombor oktana minyak dan memberikan prestasi yang lebih cemerlang atau buruk bergantung kepada oktana yang digunakan.

....So betulla ape yg aku tulis kat bawah ni kan? lebih rendah Octane No. lebih bagus pembakarannya.. lagipun aku bukan bwk BMW M5 sports yang ada sensor knocking tu..

Wednesday, November 19, 2008

Woweee! Petrol Turun Lagi .. RM2.00 per liter for RON95 & RM1.90 for RON92

Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan rege minyak petrol turun lagi. Selamatlah jugak bajet aku untuk bulan2 yang akan datang. Seperti yang kita tau minyak ni terbahagi kepada beberapa gred atau yang depa labelkan RON92, RON97, RON99.. semakin tinggi , semakin banyak la tahap Octane dalam minyak tu dan semakin tinggilah harganya. Bila cerita pasal minyak ni aku teringat kepada Cik Mat, Penolong Pengarah Penguatkuasa JPJ Putrajaya. Dia ni expert dalam bidang permotoran dan untuk setiap kenderaan baru yang hendak didaftarkan di Malaysia ni perlu mendapatkan tandatangan beliau...so senang cerita, kalau GTR-R38 keluar nanti , dia le yang pegi test dulu dan bagi approval untuk berada di jalanraya Malaysia.

Yang aku ingatlaaa dia penah cakap ... "bagi kenderaan biasa2 di Mesia (kategori kreta selain GTR, 350Z, Civic Type-R -- depa kena pakai V-power as mentioned dalam user manual kereta2 hebat ni), kenderaan biasa2 ni tak perlu guna minyak high octane macam RON97 (ijau) tu disebabkan pembakaran untuk minyak jenis ini kurang lengkap bila dibandingkan dengan RON92 (org kampung cakap-minyak merah). Pembakaran yang kurang lengkap akan mengurangkan kepoweran kereta anda.... Minyak merah (RON92) ni pulak sebenarnya jenis Unleaded juga (ramai yang salah anggap kan?)..... menurut Cik Mat lagi... kat malaysia ni minyak semua jenis unleaded...yang berkarbon dah pupus dah.. tak dibenarkan diproduce lagik... so janganlah percaya orang cakap minyak RON92 ni buleh rosakkan enjin la, banyak carbon la.. smua tu mengarut... ditambah lagi..RON92 mempunyai tahap pembakaran yang lebih baik berbanding RON97 (ijau)...ini disebabkan RON97 telah direka sebagai green oil..so pembakaran nya dihadkan leeee.. senang cerita bebudak main kreta/motot lebih suka pakai minyak RON92 bebanding RON97..selain agak murah .. ianya lebih power....." tulah serba sedikit yang aku ingat pasal penggunaan minyak petrol ni.... terima kasih kepada Cik Mat yang telah menjelaskan satu lagi mitos yang bermain di pikiran ramai rakyat malaysia.. domo-arigato-gozzaimasu!!

Rebet Best Daripada Kerajaan Malaysia Melalui Pos Malaysia Berhad


Dah 2-3 hari aku gi pos malaysia untuk claim rebet utk motot ni. Bukannya banyak pong, RM150 je. Tu puuunnnn payah nak claim.. alasan bebudak kat kaunter tu .. " encik, komputet kami offline / ada masalah dgn server JPJ" ... betul ke atau mitos lagi???? ke dah abis peruntukan rebet tu utk rakyat malaysia yg berpendapatan sederhana macam aku ni. Tolonglah wahai pegawai2 Pos Malaysia, takkanleeee problem macam ni berulang2 kali berlaku.. leceh wooo nak beratur kat pejabat pos. Setiap kali pegi, musti ramai orang. Mungkin ujung minggu ni nak kene cuba lagi kot.. ceh..